Minggu lepas saya berpeluang ke Ho Chi Minh, Vietnam bersama isteri tercinta. Bertolak daripada LCCT pada jam 2.55 petang dan tiba di Saigon airport pada jam 3.50 petang (2 jam perjalanan). Kemudian kami menaiki teksi utk ke hotel berhampiran Ben Tanh Market selama hampir 30 minit dan kos menaiki teksi hanya 9 dollar.

Kami ke Saigon tidak pernah menggunakan pemandu pelancong. Hanya dengan sedikit pembacaan, Alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat balik tanpa sebarang kesulitan. Sedikit pengalaman yang boleh saya kongsi:-

Penginapan

Saya menginap selama 4 hari di Halo Hotel yang terletak bersebelahan dengan Ben Tanh Market (2 minit berjalan kaki).  Harga serendah usd 28 (RM90) utk 1 malam dan anda boleh membuat tempahan secara online (AGODA). Jangan lupa print dan bawa salinan tempahan anda sebelum bertolak ke Saigon.

Banyak hotel yang berada berhampiran Ben Tanh Market. Anda boleh memilih hotel pilihan anda berdasarkan rating di AGODA (click here)

Halo Hotel Ben Tanh Vietnam Saigon

Halo Hotel bersebelahan Ben Tanh market, Vietnam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makan & minum

Tidak banyak restoren halal di Saigon. Harga makanan juga adalah lebih mahal berbanding harga di Malaysia. Pilihan kami adalah restoren Satay House yang berada 10 km daripada Ben Tanh Market. Anda boleh menaiki teksi dan kos pejalanan ke restoren hanya  RM14.00

Negara Vietnam merupakan pengeluar kopi terbaik di dunia (Top 3). Pastikan anda mencuba air kopi semasa berada di Saigon kerana rasanya yang sedap dan unik. Terbaeekkkkk

Sekiranya anda tidak tahu di mana letaknya restoren halal di Saigon, anda boleh melayari www.zabihah.com untuk melihat senarai restoren halal di Vietnam.

Ho Chi Minh Glory Collection Satay House

Satay House Restoren Halal Di Ho Chi Minh

 

Ho Chi Minh Glory Collection Borong Kurung

Makan Malam di Satay House, Vietnam. Sup Ekor Terbaeekkkk!!!

 

Membeli Belah @ Shopping

Tempat membeli belah yang terkenal di Ho Chi Minh adalah di Ben Tanh Market. Biasanya kedai mula di buka pada jam 7 pagi dan di tutup pada jam 6 petang (Kedai pakaian biasanya mula di buka pada jam 8 pagi). Pada sebelah malam pula, terdapat Night Market yang juga berada bersebelahan dengan Ben Tanh Market. Sepanjang pemerhatian saya, harga barang di Night Market adalah lebih rendah daripada harga di Ben Tanh Market bergantung kepada kepakaran anda menawar harga dengan penjual.

Banyak barangan yang di jual seperti Beg Tangan, Kasut, Baju T-Shirt, Baju Kurung dan banyak lagi. Pilihlah  barangan yang dibuat di Vietnam (Made in Vietnam) kerana harganya lebih murah dengan kualiti yang baik. Terdapat juga barangan buatan China (Made in China) tetapi harga yang ditawarkan adalah lebih kurang dengan harga di Malaysia. Lebih baik beli di Malaysia.

Terdapat banyak kedai yang menjual baju kurung di Night Market. Dengan harga rendah, anda boleh membeli baju kurung yang penuh dengan jahitan manik2. Pastikan anda memeriksa baju yang hendak dibeli kerana terdapat kedai yang menjual baju kurung dengan jahitan yang tidak kemas. Saya pernah membeli hampir 120 pasang baju kurung dan sehingga ke hari ini baju tersebut tersimpan dalam kedai kerana banyak yang reject. Pengalaman yang akan di jadikan pengajaran pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila berada di sana. Layanan yang diberikan oleh orang tempatan terhadap orang Malaysia sangat baik. Pasti akan ke sana lagi :-)

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung 2

Minuman Kegemaran di Saigon, Air Kelapa Fresh

 

Ben Tanh Night Market Glory Collection Borong Kurung 5

Night Market bersebelahan Ben Tanh Market, Vietnam

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung 7

Baju Kurung di Night Market, Vietnam

Ben Tanh Glory Collection Borong baju Kurung

Lagi Baju Kurung di Night Market, Vietnam

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung kopi Vietnam

Kedai jualan Kopi di dalam Ben Tanh Market

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung

Suasana dalam Ben Tanh Market, Vietnam

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung survenoir

survenoir sbg kenangan, Peniaga Ben Tanh Market bagi secara PERCUMA :-)

 

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung Vietnam

Balik ke Malaysia. Home Sweet Home :-)

 

Ben Tanh Glory Collection Borong Kurung 9 (2)

Iklan :- Preview Baju Jun 2012

 

1 Comment

 

  1. Pingback : Baju Vietnam

Leave a reply

 

Your email address will not be published.