Part I : Dropship – Lubuk berniaga tanpa modal

dropship lubuk wang

Pasti ramai yang tertanya-tanya betul ke dropship boleh buat duit tanpa modal? Betul ke? Ke Propa jer lebih??

Nak tahu?

Jadi kami akan cerita serba sedikit mengenai dropship bersama Glory. Artikel kali ini lebih panjang dan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian supaya dapat diterangkan dengan lebih baik.

Apa yang akan dikongsikan:-

Part I. Pengenalan:  Lubuk buat duit tanpa modal

Part II.  Kaedah

Part III. Baik & Buruk

Part IV. Teknik Menjual & Rumusan

Sebagai permulaan, anda perlu tahu beberapa perkara berkenaan dropship.

  • Apa itu Dropship?
  • Apa Produk yang sesuai?
  • Apa benar ke TAK keluar satu sen pun?
  • Apa banyak ke Duit masuk poket saya dengan dropship?
  • Apa sesuai ke saya nak dropship?

lubuk wang

Apa itu Dropship?

Dropship adalah satu kaedah jual beli tanpa menyimpan stok. Anda menjual dan dropshipper (pengeluar) akan pos pesanan anda kepada pelanggan. Boleh rujuk gambar di bawah bagi memudahkan pemahaman :-

dropship glory

Apa Produk yang sesuai?

Sebaiknya, cari produk yang HOT di pasaran online. Di antara produk fizikal yang hot adalah :-

  • Produk kecantikan wanita
  • Produk fesyen wanita seperti baju kurung, tudung, blouse, beg tangan
  • Produk kesihatan seperti ubat-ubatan, supplement seperti collegen
  • Produk islamik seperti Quran Digital, Tasbih, Sejadah, Telekung
  • Produk kuruskan badan
  • Produk makanan kering

Sebagai tambahan, Produk Glory merupakan salah satu produk yang HOT di pasaran.

Apa Benar ke TAK keluar satu sen pun?

Setiap Dropshipper membuat syarat yang berbeza. Ianya bergantung kepada dropshipper yang mempunyai strategi perniagaan masing-masing.

Di antara syarat-syarat biasa untuk membuat dropship :-

  • Bayar dulu wang RMxx
  • Jual dulu xx unit baru dropshipper bagi komisyen
  • Beli dulu sebanyak xx unit

Tapi, strategy Glory sangat berbeza. Kami amat menggalakkan anda berniaga. Anda nak berniaga tanpa modal? Kami beri secara PERCUMA kerana kami sangat suka anda berniaga.

Mesti anda tertanya-tanya berapa pendapatan tambahan mereka yang dropship dengan Glory? Tanpa modal tapi dapat duit. Memang  menyeronokkan. Kalau nak tahu, Baca selanjutnya..

Apa banyak ke Duit masuk poket saya dengan dropship?

Banyak ke duit boleh dapat? Tak keluarkan modal pun. Hanya perlu usaha, usaha, usaha & banyak berdoa.

Jika usaha anda mendatangkan hasil, duit sebanyak 3 hingga ke 4 angka sebulan akan masuk ke dalam poket anda hanya dengan dropship.

Modal RM0 boleh dapat 3 – 4 angka sebulan. Best kan??

Anda boleh lihat gambar di bawah sebagai bukti ketat dropship dengan Glory mampu jana pendapatan 3 – 4 angka sebulan. Ini hanya pendapatan dari jualan di web (klik sebelah) –> baju kurung online. Belum termasuk web jualan yang lain di masa akan datang.

sale

Data ini baru kami update minggu lepas. Dalam masa 3 hari, dari 13 hingga 15/02/2013, hasil jualan dropship adalah sebanyak RM8,013.

 

duit

Dalam tempoh  itu juga, jumlah duit yang masuk poket mereka adalah sebanyak RM 1,270. Jumlah ini mungkin lebih kerana ramai yang menjual dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan komisyen yang lebih.

Jadi, tidak mustahil mereka yang berjaya mampu menjana pendapatan sebanyak RM300 – RM5000 dalam tempoh sebulan. Insya-ALLAH hujung bulan ini kami akan mengemaskini data jumlah jualan tertinggi dropship kami.

Saya ni sesuai ke jadi dropshipper?

Jawapannya amat mudah. Jika anda salah satu daripada situasi di bawah -

  • Baru nak cuba-cuba berniaga
  • Tiada modal tapi nak berniaga
  • Takut rugi berniaga
  • Nak berniaga part-time sahaja
  • Nak tambah duit poket setiap bulan
  • Nak tambah produk dropship sediaada

Nasihat kami, jika anda baru hendak mula berniaga, elok mulakan dengan dropship. Bina keyakinan dan cari pelanggan tetap terlebih dahulu.

Apabila anda dah ada pelanggan tetap, bolehlah jadi peniaga yang lebih berisiko. “High RISK, High RETURN”.

Anda juga perlu mencari dropshipper yang menjual produk HOT tanpa mengeluarkan banyak modal.

Nanti kami akan ceritakan lagi dengan lebih lanjut cara-cara menjual dengan Glory. Jika anda berminat tambah wang dengan kami, bolehlah klik link di bawah.

jom dropship

Peringatan : Nak dapat duit dengan Dropship bukanlah mudah tetapi tidaklah sesukar mana. Hanya perlu usaha, usaha, usaha & tawakkal, insya-ALLAH anda boleh menjana pendapatan dengan kami.

Opt In Image
Langganan Email
Ya, Daftar Sekarang!

Anda tidak lagi tertinggal kapal. Segala info produk & promosi Glory Collection akan dihantar secara terus ke email anda

   

About author View all posts Autor website

tauke

saya sangat suka berniaga dan Alhamdulillah kini saya boleh fokus kepada perniagaan. wish me luck :-)

9 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers