57 Hari menyepi dan akan kembali dengan lebih kejutan

tauke Glory Collection baju kurung cotton vietnam berpindah

Salam Syawal kepada semua

Pertamanya, saya ZamZam tauke Glory Collection ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yg saya buat samaada saya sedari atau tidak sedari. Maaf Zahir dan Batin. Juga masih tidak lewat utk saya mengucapkan ucapan selamat hari raya Aidilfitri untuk semua pembaca Glory Collection.

Selama 57 hari blog ini tidak di update. lama kan?? huhuhuuu.. Ini adalah disebabkan bulan Ramadhan saya berada di kedai dan tidak sempat nak update blog. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan terutama 2 minggu sebelum raya. Ini adalah pengalaman pertama Glory Collection menjual baju kurung di bulan Ramadhan. Kelam kabut kami terutama apabila kedai diserbu oleh pelanggan. insya-ALLAH tahun depan saya akan lebih bersedia utk memastikan Glory COllection dapat menjual baju kurung Vietnam dengan lebih baik. Segala kekurangan Glory COllection akan diperbaiki :-)

Jualan online juga masih belum dimulakan sepenuhnya disebabkan sekarang saya dalam proses berpindah rumah. Insya-ALLAH pada 09/09/2012 jualan online akan dimulakan semula dengan stock baru :-)

Draft perancangan Glory Collection untuk tahun hadapan telah selesai dibentangkan kepada semua family Glory Collection. Alhamdulillah, banyak idea tercetus semasa perbincangan tersebut. Yang bestnya, ada beberapa kejutan akan dibuat terutama kepada peniaga di luar sana. Nantikan kejutan tersebut selepas saya balik dari Vietnam pada pertengahan bulan ini :-) tungguuuuu…

Sekiranya anda ingin membeli baju kurung cotton daripada Vietnam bermanik design terkini, bolehlah datang ke kedai Glory COllection di bandar Muar, Johor. terima kasih :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *