Borong Slot Peplum Kurung Harga Giler Rendah

peplum kurung

Anda tahu apa itu Peplum Kurung?

Sekarang sedang menjadi kegilaan ramai wanita-wanita diluar sana.

Glory Collection mengambil peluang ini untuk menjual Peplum Kurung kepada semua peniaga yang ingin berniaga produk Glory.

3 minggu lepas kami membuat percubaan menjual Peplum Kurung yang sedang HOT sekarang. Sambutan yang kami terima Giler Menggalakkan. Ada corak / design SOLD OUT dalam tempoh kurang 24 jam.

Jadi, kali ini kami membuka lagi beberapa slot untuk ANDA yang NAK berniaga.

Beberapa persoalan yang perlu anda tahu dahulu sebelum membeli slot.

1. Bagaimana Nak jadi Agent Glory?

2. Apa Kelebihan Agent Glory?

3. Apa itu Belian Slot? 

4. Beza Belian Slot dan Borong?

5. Butiran Slot Peplum Kurung kali ini

Mari kita baca jawapan bagi persoalan di atas satu persatu :-)

Klik Beli Slot

1. Bagaimana Nak jadi Agent Glory?

Untuk menjadi Agent Glory sangat mudah. Anda WAJIB membeli secara Slot dengan Glory. WAJIB! Selepas pembelian slot selesai, secara automatik anda merupakan Agent Glory. Mudah kan?

Apa kebendanya belian slot tu? Nanti saya jawab di soalan no 3 sebab nak bagitahu kelebihan agent Glory terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, Agent Glory WAJIB menjual harga yang sama di pasaran Online. WAJIB SAMA atau lebih tinggi. Tujuan utama adalah untuk memastikan semua agent Glory berniaga dengan baik tanpa berlawan harga.

Untuk jualan tangan, agent Glory boleh menjual mengikut harga masing-masing. Boleh sesuka hati menjual dengan harga sedara ke, harga kawan-kawan ke, harga keluarga ke, dibenarkan. Hanya untuk jualan tangan.

Nak tahu kelebihan jadi agent Glory?

2. Apa Kelebihan Agent Glory?

Ada beberapa kelebihan yang kami nak sangat kongsi :-

  1. Kita menjual beramai-ramai. Glory mempunyai satu pasukan dropship dan mereka akan bantu-bantu menjual produk Glory. Jadi, mereka akan membantu anda menjual. Pastikan anda juga menjual untuk menyeronokkan lagi kehidupan anda.
  2. Harga belian slot lebih rendah. Ya, jika anda menjadi agent, anda akan mendapat harga yang lebih rendah daripada kali pertama anda membeli.
  3. Harga dropship lebih RENDAH. Secara mudahnya, anda akan mendapat komisyen lebih jika anda dropship dengan Glory.
  4. Support dalam Group RAHSIA di Facebook. Tujuan utama untuk memberi bantuan jika agent-agent menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan.
  5. 80% gambar studio Terbaik akan disediakan. Gambar diberikan bagi memudahkan anda menjual di pasaran online.

Best kan kalau jadi agent Glory. Anda perlu beli slot dengan Glory. Apa itu Belian Slot? Baca di bawah..

3. Apa itu Belian Slot? 

Belian slot adalah belian borong untuk peniaga. Pilihan dan corak akan diberikan seperti di dalam web jualan slot. Pembahagian akan diberikan secara random. Anda juga boleh menjadi agent dengan belian secara slot.

Belian Slot sangat sesuai dengan peniaga. Berbeza dengan belian borong kerana belian borong anda boleh pilih2 patern dan saiz.

Apabila stok baru tiba, stok tersebut akan dibahagikan kepada semua pembeli slot. Jadi, Pembeli slot akan sentiasa mendapat corak dan design terbaru.

Kemudian, spabila selesai dibahagikan, Glory akan menjual bersama-sama dengan agent yang membeli secara slot. Kita berniaga beramai-ramai. Harga jualan Glory adalah sama dengan agent Glory yang lain.

Belian secara slot adalah kepada anda yang betul-betul berani untuk berniaga. Anda akan pegang stok dan berusaha untuk menjual. Kebiasaannya Glory akan memastikan keuntungan belian slot adalah lebih 100% daripada modal yang dikeluarkan.

Jika anda baru hendak bermula, elok membuat dropship bersama Glory. Apabila sudah ada pelanggan tetap, anda bolehlah mula memegang stok dan menjadi peniaga.

Dropship – “Low Risk, Low Return”

Slot – “High Risk, High Return”

 4. Beza belian Slot dan Borong?

Belian Slot – Untuk Peniaga, pilihan saiz dan design random. Boleh lihat butiran lanjut di link slot Glory Collection

Belian Borong – Untuk anda yang nak pilih-pilih dan beli dengan kuantiti banyak. Senarai harga boleh lihat di link harga baju kurung.

5. Butiran Slot Peplum Kurung kali ini

Slot Peplum Kurung kali ini Tersangat HoTT!

# Sepasang hanya RM64

# 1 slot = 24pcs

# Total RM64 x 24 = RM1,536 (tidak Termasuk Kos Pos, boleh COD di Muar Johor)

# Pre-Order, dijangka tiba pada 22 April 2013

Butiran lanjut sila layari web jualan slot Glory Collection.

Klik Beli Slot

Nak tengok corak slot kali ini? boleh lihat di bawah. Memang HOT kan??

peplum kurung peplum kurung peplum kurung

 

 

Opt In Image
Langganan Email

Anda tidak lagi tertinggal kapal. Segala info Glory Collection akan dihantar secara terus ke email anda

2 Comments

  • siti nur hayati mahat says:

    assalamualaikum. hai, sy nk tnye, boleh ke sy jd agen dropship glory collection? sy tinggal di muar, johor dan sy seorang penganggur. sy cuma nk tahu adakah sy perlu mmbayar ape2 utk mnjadi agen dropship? sy brmnat utk mniaga tp x brduit. harap cik dpt mmberi mklum balas. tq. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *