Entry Pertama Glory Collection

Glory Collection Pertama Borong Baju Kurung

Salam kepada semua.

Pertamanya saya ingin ribuan terima kasih kepada semua kerana sudi membaca di website ini. Website atau blog ini dibina bertujuan untuk menjadi perantara diantara pembaca dan pihak Glory Collection. Insya-ALLAh saya akan share info yang berkaitan dengan kedai saya supaya lebih ramai orang mengenali Glory Collection.

Kedai Glory Collection mula dibuka pada penghujung Disember 2011 di bandar Muar, Johor. Pada mulanya, fokus utama kedai Glory Collection adalah untuk menjual barangan secara retail pakaian wanita seperti baju kurung, blouse, jubah, skirt dan kan pasang. Setelah 5 bulan kedai beroperasi dan melihat peluang yang ada, kini Glory Collection akan lebih fokus kepada product baju kurung kain cotton yang di buat di Vietnam. Glory Collection juga menjual baju kurung tersebut secara borong dan membuat inisiatif di mana pembeli boleh memilih design dan saiz pakaian yang diminati dengan harga borong.

Diharap dengan adanya blog ini, semua dapat mengenali dan mengetahui Glory Collection dengan lebih rapat lagi. Doakan kejayaan Glory Collection dan semoga anda juga turut sama maju jaya. Jangan lupa like page kami yer di sini :-)

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *