Memborong & Ber”bisnes” sambil bercuti di Ho Chi Minh @ Saigon, Vietnam

Kedai Baju Kurung Ben Thant Borong Vietnam

3 minggu yang lalu, saya ke Ho Chi Minh bersama isteri dan anak tercinta. Seperti biasa, tujuan utama ke Saigon adalah untuk mencari stock bisnes yang mana perniagaan utama saya adalah menjual baju kurung daripada Vietnam. Sambil-sambil ber”bisnes”, saya juga sempat melawat ke tempat yang amat sesuai utk anak2 kecil iaitu “Zoo and Botanical Gardens” di Ho Chi Minh..

Sebelum saya menulis tentang “Zoo and Botanical Gardens”, saya ingin menceritakan pengalaman saya ber”bisnes” setelah beberapa kali ke Saigon. Sekarang terdapat banyak peniaga yang menjual baju kurung dan kain ela untuk rakyat Malaysia. Anda boleh membeli samaada di dalam Ben Thant market atau beberapa kedai berhampiran Ben Thant yang menjual dengan harga yang sangat berpatutan. Peniaga di sini juga semakin fasih berbahasa Melayu. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak pandai berbahasa “Vietnam” kerana majority peniaga yang menjual baju kurung dan kain pasang boleh berbahasa “Melayu”. Begitu juga dengan kain ela seperti Japan Cotton, Lawn Cotton, English Cotton, Silk Cotton, Vietnam Silk dan macam-macam lagi, semuanya ada di sini.

Vietnam Ben Thant Ho Chi Minh Borong Kain

Vietnam Ben Thant Ho Chi Minh Borong Kain ela cotton

Yang bestnya, anda akan berjumpa ramai orang Malaysia sedang sibuk shopping di sini :-) Dan yang terbaru, anda boleh menempah baju atau jubah di kedai yang menjual kain pasang. Jubah boleh di siapkan dalam masa 4 jam dan baju kurung boleh di siapkan dalam masa sehari.. best kan :-)

Sedikit peringatan, semasa membeli baju kurung atau menempah baju, pastikan anda memeriksa betul2 kualiti baju yang di buat. Ini kerana terdapat baju2yang tidak kemas jahitannya. Ada baju yang terkoyak, manik longgar dan tercabut apabila tiba di Malaysia. Anda boleh memeriksa dengan menggaru2 di bahagian manik. Sekiranya tiada manik tercabut, bermakna manik2 tersebut di jahit dengan baik.

Untuk kain pasang pula, selalunya peniaga akan menunjukkan terdapat 2 jenis kain. yang berkualiti dan tidak berkualiti. Harga tidak jauh beza dan sy sarankan supaya anda membeli kain pasang yang berkualiti :-)

Berbalik kepada “Zoo and Botanical Gardens” di Ho Chi Minh. Saya ke sana dengan menaiki teksi dari Ben Thant Market. Tambang teksi hanya 58,000 Dong, lebih kurang RM9.00 shj. Tiket untuk masuk “Zoo and Botanical Gardens” juga sangat  murah, hanya RM1.90 shj. Gilerr Murah..

Zoo Vietnam Ho Chi Minh Borong

Saya berada di “Zoo and Botanical Gardens” hampir 3 jam dan terpaksa balik kerana cuaca tidak mengizinkan. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana anak saya amat gembira berada di sini. Cuma saya tidak berapa suka dengan “culture” orang Vietnam di mana mereka suka membaling sampah dan plastik ke arah binatang yang terdapat di dalam zoo. Kebersihan di kawasan zoo juga tidak begitu memberansangkan. Mungkin keadaan “Zoo and Botanical Gardens” akan bertambah baik di masa hadapan kerana semakin ramai orang mengunjugi tempat ini.

Kedai Baju Kurung Ben Thant Borong Vietnam

Vietnam Ben Thant Ho Chi Minh Borong Kain Cotton

Zoo Vietnam Ho Chi Minh Borong

Zoo Vietnam Ho Chi Minh Borong

Zoo Vietnam Ho Chi Minh Borong

Bonus. Gambar anak “Happy” bermandi manda :-)

baby mandi Ho Chi Minh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *