NO BOOKING tanpa DEPOSIT @ Glory Collection

No deposit Baju Kurung Glory Collection

Tajuk artikel kali ini adalah kesinambungan daripada jualan baju  kurung Glory Collection HOT & AWESOME semalam. Alhamdulillah banyak baju kurung HOT AWESOME yang telah terjual dan saya amat berterima kasih kepada semua pelanggan Glory Collection terutama yang masih setia membeli bersama Glory Collection.

Walaubagaimanapun, saya merasa sedikit terkilan kerana masih terdapat ramai pelanggan yang main-main atau tidak serius semasa melakukan urusniaga. Perkara ini telah banyak kali terjadi dan saya perlu menangani dengan segera supaya ianya tidak berulang. Semua sedia maklum, apabila terdapat “pelangan” yang menyatakan keinginan membeli samaada melalui facebook atau sms, saya akan menyimpan baju tersebut dan tidak menjualnya kepada orang lain walaupun terdapat pelanggan lain yang ingin membeli baju yang sama. Tetapi, masih terdapat “pelanggan” yang membuat booking, kemudian berkali-kali menangguhkan pembayaran sehingga beberapa hari dan ada yang berminggu-minggu dan akhirnya tidak jadi membeli baju yang telah di booking.

Saya dapat merumuskan terdapat kelemahan di pihak Glory Collection yang perlu diperbaiki dengan kadar segera. Justeru, selepas daripada ini, GLORY COLLECTION TIDAK  MENERIMA “BOOKING”  KECUALI DENGAN DEPOSIT. Deposit yang dikenakan hanya RM20 untuk sepasang baju. Deposit diperlukan bagi memastkan pelanggan yang ingin membuat booking adalah pelanggan yang benar-benar ingin membeli. Saya harap selepas ini urusan jual beli bersama Glory Collection lebih seronok dan lebih profesional. terima kasih :-)

p/s (iklan) : Bermula minggu depan, Glory Collection akan menjual banyak lagi baju kurung moden, baju kurung pahang / pesak gantung dengan harga yang sangat berpatutan. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *