Tak lena tidur apabila membeli secara online?

Risau membeli secara online baju kurung

Ramai sahabat dan pelanggan menyatakan kerisauan apabila membeli dengan Glory Collection. Ada juga  yang menceritakan kawan mereka ditipu apabila membeli barangan secara online.

Mungkin ada benarnya segelintir peniaga online yang mempunyai niat yg tidak baik seperti menipu dengan menghantar barang tidak seperti yg diiklankan, menghantar barang rosak dan sebagainya. Namun, bilangan penjual seperti ini amat sedikit dan disebabkan peniaga seperti ini lah yang merosakkan nama peniaga online lain. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sebenarnya peniagaan online sama seperti perniagaan offline spt di kedai, pasar dan supermarket. Unsur-unsur penipuan dlm aktiviti jual beli memang wujud dan anda sebagai pengguna yang bijak perlu pandai memilih genuine seller sebelum membeli. Pastikan anda mempunyai maklumat yang lengkap spt nama, no tel dan sebagainya supaya mudah untuk berurusan apabila terjadi sesuatu yg tidak diingini dengan pesanan anda.

Anda juga boleh melihat testimonial dan feedback yg diberikan oleh pelanggan lain. Jika peniaga online tersebut telah mempunyai ramai pelanggan, maka secara automatik anda boleh menilai peniaga tersebut adalah genuine seller.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini Glory Collection berjaya menghantar semua tempahan yang di bayar. Hanya sedikit kesilapan pernah berlaku spt tersilap saiz dan terdapat sedikit kerosakan pada baju. Kesemua kesilapan yg berlaku diperbetulkan dimana Glory Collection membenarkan pembeli memulangkan kembali pakaian yg rosak dan kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh Glory Collection. Jadi, anda tidak perlu risau apabila membeli secara online dgn Glory Collection :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *